Followers

Nah Ruang Untuk Tetamu..

Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com
Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

Jom...

Hello,


Isu. Realiti. Politik.

Selepas sekian lama, tiba lagi untuk aku update blog ini. Sebenarnya bukan takmo update. Siapa la yang takmo update blog sendiri kan.. Tp now, as kt Sarawak merupakan musim pilihan raya, maka aliran aku juga menuju ke arah tersebut. I mean politik. Now aku selalu update blog news terbaru mengenai perkara/situasi-situasi politik di negara ini. Kalau korang free boleh la lawat blog tu ye. Terbuka la jugak sedikit sebanyak minda korang berkenaan situasi sebenar pentadbiran negara kita. JOM.. ISU REALITI POLITIK


Saturday, November 20, 2010

Isu Zaid: Kenal Tak Die?

Ada dalam paper ari cakap Zaid Ibrahim nak kuar PKR. Seperti yang aku cakap sebelum ni dalam CERITA.com mengenai topik Krisis PKR memang dalam PKR ni sejak akhir-akhir ni banyak masalah. Tambah2 dengan sikap dan cara Anwar handle PKR n isu-isu sensitif sejak akhir-akhir ni. Semua orang tau Zaid ni jenis yang hati kering n Anwar pun tak kurang keringnya. Jadi, mana boleh sama-sama kering duk  dalam satu group. At least kena ada salah sorang yang men'tisu'kan hati. Baru boleh jalan.                              

                                                                                                                        

Tuesday, November 9, 2010

Chinese and Indians 'not patriotic enough'???

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cakap orang Cina dan India tidak patriotik. Tengok baik-baik.. TIDAK PATRIOTIK or "LACK of PATRIOTISM". Apa indikator yang dia guna untuk menentukan ke'patriotik'an seseorang? Seorang menteri yang bertanggungjawab dalam menarik minat orang ramai untuk menjaga keselamatan negara mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keselamatan negara. Bukankah itu kenyataan yang memakan diri sendiri. Ingatkan selepas habiskan PhD makin cerdik dato' ni. Tapi sebaliknya yang berlaku. Patut la nak habiskan PhD dulu pun makan masa bertahun-tahun lebih daripada orang lain.


Dato'.. Dato'.. Dato'...


   “Mungkin kerana takut disiplin ketenteraan yang ketat, gaji
     yang rendah berbanding swasta atau tiada galakan daripada
     keluarga,” kata Zahid..


Kalau kenyataan tersebut, aku setuju. Terutama bab gaji yang rendah. Memang la pembabitan bukan Melayu terutamanya kaum Cina dan India sangat rendah. Tengok la ratio antara Melayu, Cina and India. Memang jauh berbeza. Pastu ditambah dengan faktor-faktor yang disebutkan di atas tu. Makin la kurang orang nak join. Pastu 20 tahun berkhidmat dah kena pencen. Kalu pencen umur 40? 45? Apa lagi boleh buat? Nak jadi pengawal keselamatan? Berapa kerap je peluang kerja 'jaga' berbanding dengan askar-askar pencen yang apply nak jadi 'jaga'.

So, penyelesaiannya dato'.. U kena provide satu dasar yang betul-betul boleh menjaga kebajikan para askar terutamanya askar-askar pencen. Buat satu polisi yang boleh menarik rakyat dan membuatkan mereka memandang tinggi terhadap profesion ketenteraan ini. Askar pun nak ada masa depan yang lebih terbela. Nak hidup senang. Bukan nak hidup mewah macam dato'-dato'.

Saturday, October 30, 2010

Perkhidmatan Pilihan Raya

Ni satu lagi isu yang selalu wujud time dekat dengan election. Isunya adalah isu kebajikan. Di DUN Galas contohnya. Kenapa bila dekat dengan election baru ada situasi orang nak ambil berat pasal orang. Contohnya, time ni la baru ada sesetengan parti nak bawak doctor pergi umah orang sakit kt kawasan tu. Okay.. Macam ni.. Katakanlah pak cik ni sebagai Pak Seman. Pak Seman ni dah lama sakit. Pemberita pulak highlightkan 

“ Selepas beberapa lama menderita dan sukar untuk mendapatkan rawatan, hari ini, buat pertama kalinya Pak Seman dapat menjalani pemeriksaan kesihatannya di rumah, apabila sekumpulan pasukan perubatan pergi ke rumahnya ”.

Ironinya, kumpulan kesihatan tersebut dibawa oleh sayap UMNO dan UMNO ini pula adalah merupakan penyandang kerusi di DUN Galas. Maka, sepanjang memerintah di Galas, kenapa ia tidak boleh menyediakan perkhidmatan tersebut, even bukan tiap 2,3 hari sekali, seminggu or 2 minggu sekali pun takpe. Moralnya, semuanya hanya untuk meraih undi dan bukannya berdasarkan keikhlasan untuk memberi khidmat kepada rakyat.


Friday, October 29, 2010

Communist Manifesto

Negara China? Iye.. Negara China bukan negara komunis. At least bukan komunis sejati. Kalu ikut ‘papa’ komunis, dia mendefinisikan komunis sebagai pengamal sosialisme sejati. Maksudnya, negara komunis perlu menyamaratakan semua harta yang ada dalam negara tersebut. Semua orang sama ada yang memimpin atau dipimpin perlu diberi hak yang sama. Ada beberapa benda die bgtau dalam Communist Manifesto. Ni la bendanya:
  1. Abolition of private ownership land.
  2. Heavy progressive income tax.
  3. Abolition of all rights of inheritance.
  4. Confiscation of the property of immigrants and rebels.
  5. Centralization of credit and banking in the hand of the state.
  6. Centralization of communication and transportation in the hand of the state.
  7. State ownership of factories and all other instruments of production.
  8. Equal liability of all to labour.
  9. Combination of agricultural and manufacturing industries to abolish the distinction between town and country.
  10. Free public education for all children and the abolition of child labour.

Semua 10 perkara yang disebut oleh Marx tu secara asasnya adalah berkenaan dengan Social Justice. Tapi di China and Korea Utara, sama je di negara-negara lain. Maksud aku di negara-negara selain negara yang amalkan ‘komunis’(?) seperti dua negara tersebut.
Kita lihat di China. Dalam keadaan rakyatnya hidup dalam kemiskinan, tapi orang atas rileks je dengan berpenampilan pakaian mewah dari luar Negara. Di kala anak-anak kecil tempatan sedang main mainan buatan sendiri, tapi di sudut berdekatan anak-anak pemimpin selamba je duk tayang mainan mewah yg daddy n mummy die beli dr US. Even di satu situasi, wujud keadaan di mana sebuah hotel itu khas untuk diduduki oleh anggota Party Komunis sahaja. Di sini pun dah nampak ketidak-KOMUNIS-an kerajaan komunis (?) China. Menangis Karl Marx dalam lobang kubur.
Sebanarnya, negara China lebih kepada negara kapitalis n demokrasi. Maksudnya, kedua-dua elemen tersebut wjud secara ‘sikit-sikit’. Lalu jadilah macam negara China yang ada pada hari ini.


Monday, October 25, 2010

Undang-undang

Ni ada satu ayat dari seorang mat saleh. Kalau korang terpikir ayat ni pada masa dan ketika yang tepat, memang meremang bulu roma. Ayat yang betul-betul hidup.

        " Kita tidak perlu setuju, tetapi kita perlu mematuhinya"


Sunday, October 24, 2010

Projek Baru Kerajaan Pusat di Kelantan - lebih tepat DI GALAS

BERITA YANG BARU DITERIMA.

Kerajaan pusat mengumumkan akan melaksanakan projek PPR pertama di Kelantan dan yang lebih men"teruja"kan lagi di Galas. Baru je beberapa milisaat tadi aku dapat berita ni dari pembaca berita kat tv td. Baik sungguh dia share info ni. Tp awal-awal lagi dia cakap ni tiada kaitan dengan by election yang akan diadakan tidak lama lagi. Kenapa dia cakap takde kaitan??

Kenapa???


Rakyat bukan nak tau ada kaitan ke takde. Kalu dia cakap takde kaitan pun bukannya rakyat ambik tau pun. Yang penting ada projek masuk kt kawasan dorang. Masalahnya, kenapa time dekat-dekat election baru nak datang projek-projek macam tu? Cakap la ada kaitan ke tak tapi yang menentukannya adalah fahaman azali manusia. Fahaman azali manusia ni pelik sikit. Prinsip semulajadi manusia terhadap sesuatu perkara ialah "sesuatu yang dilakukan perlulah ada timbal balik". Maknanya ada give n take. Ada konsep causation. Kenapa dalam banyak-banyak tempoh selama berpuluh-puluh tahun BN memegang kerajaan pusat, takde pon datang projek ni, tiba-tiba nak ada by election ni datang pulak benda ni. Ni salah satu je. Banyak dah approach cmni yang digunakan sebelum ni. Tapi boleh lagi kata takde kaitan. Tp sebenarnya, term TIADA KAITAN tu hanyalah digunakan semata-mata untuk digunakan je. Tiada makna apa-apa pun sebenarnya. Tapi sebagai melepaskan suatu prosedur biasa. Kalu ada apa-apa boleh dijadikan back up.

P/S: Aku selalu dapat projek mengejut camni

Monday, October 18, 2010

TV 1

Try teka ape "trademark" RTM 1 a.k.a TV 1??


Jeng.. jeng...


Jawapannye 1:


KALER!!!


Tp bukan kaler cm kaler kt kaler atas tu. Kaler TV 1 ni klasik pelik je aku tengok. Aku rase ramai yang dah dapat detect pon. Memang korang tak yah nk komplen. Sebanyak mane, setinggi mane korang komplen pun memang tak kan ade yang berubah pun. Bukan sebab tak leh nk ubah tp sebab memang tak kan diubah. Sebabnya? Sebabnya dah memang tu identiti dia.


Jawapan 2:


Penyampai berita.


Yang ni lagi satu. Pelik betul taste panel pemilih pembaca berita TV 1 ni. Ingatkan kaler je nak klasik. Pembaca berita pun nak klasik jugaaakkkk...


Sebabnya:


Citernye cmni. Kan menterinye Rais Yatim. Rais ni pegang portfolio sebagai Menteri Maklumat, Komunikasi dan Kebudayaan yang dulunya dikenali Kementerian Penerangan. Maka, sebagai menteri yang jaga benda2 budaya ni, dia nk la TV 1 ni jd sebahagian daripada 'budaya'. Kan mindset org kita ni kalu sebut budaya, terus imejin benda2 klasik. Sama la jugak dengan Rais ni.
Jadi..
Dia transfer alias pancar klasik dia tu kt TV 1. Sebab di juga pegang TV 1 atas kapasiti dia sebagai menteri Maklumat n Komunikasi. Paham?? Tp bini Rais takde la klasik sangat aku tengok...


P/S: Bini rais JAMBUL MERAH haha.                                                                                                    
                                                                                                       
Share |