Followers

Nah Ruang Untuk Tetamu..

Dapatkan Produk NISVIA Pada Harga RM35!!!


Satu-satunya alternatif kepada penghidap diebetis dan mereka yang mementingkan kesihatan.


Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI
Sebarang Pertanyaan, Sila Emel Ke:
real_4gamerz@yahoo.com
Showing posts with label Bebelan. Show all posts
Showing posts with label Bebelan. Show all posts

Friday, April 22, 2011

Ehemm..

Selamat Pagi..

Saat aku taip entry ni boleh dikatakan mood aku tengah baik... Stable.. Lebih kurang..

Tapi yang paling penting, aku rasa akan ada satu anjakan dalam hidup aku tak lama lagi.. Hope so lah.. 

Tunggulah..


Wednesday, April 20, 2011

Tolong...

Hello..

Di sini, aku nk mitak sape2 yang terbaca blog ni bagi cadangan or pape saje yang berkaitan. Bunyi cam serius tapi takde la serius mana pun.

Ok.. Langsung ke titik (straight to the point)..

Korang boleh tak bagi pape cadangan untuk aku tambahkan income aku??? Cam, bisnes ke.. Bagitau apa saje yang korang rasekan patot. Aku akan nilaikannya berdasarkan kemampuan dan situasi aku sekarang. Tq.


Gadis Seksi

Tengok tajuk entry giler kawww...

Hahaha..

Sekarang, beberapa hari selepas berlalunya Pilihan Raya Negeri Sarawak, situasi makin membosankan. Bukan apa, kalau sebelum ni selalu jgak duk sembang pasal politik kt Sarawak ni, tp now tak tau nak wt ape. Yang bestnya hanyalah disebabkan mood cuti. Tp selain drpd tu, tiada apa yang best langsung. Wt penat badan je cuti2 neh.

Tp awas!!!

Aku ada exam yang paling memenatkan dalam sejarah pengajian aku ni U ni. Hope tiada pape yang kantoi la semester ni sebab ni last semester aku kt sini. Aku nk cepat2 abiskan study ni. Dah penat study.. Pasal blog ni pula, makin lama makin jarang aku update. Bukan malas tapi cm apa ntah. Kalau dulu ramai jugak rasenye jengok blog ni sebab selalu update. Now maybe sebab jarang sangat update. Ntah la hahahaha


Monday, March 14, 2011

Bencana Jepun

Ehem...

Aku rasa kalau diikutkan situasi sekarang mesti ramai yang post entry masing-masing berkenaan dengan bencana yang menimpa Jepun. Ialah "benda" masih panas lagi mestilah ramai yang search pasal keadaan tersebut. Mesti tinggi trafik korang kan hahaha. Aku jugak la yang tak ambik kesempatan secara direct tapi kalau diikutkan entry ni, sedikit sebanyak ada juga kaitan dengan kejadian tersebut kan hahaha.. Apa-apa pun kalau ada antara korang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan bencana ni, harap rilek je k. Manalah tahu ada antara korang yang memang dari Jepun baca blog ni (maksud aku rakyat Malaysia yg stay kt sana) hahaha.. Atau pun ada sedara mara korang yang terlibat.. Fikir positif k..


Sunday, March 13, 2011

Lawak Tsunami Berita Mingguan

Salam,
Selamat Petang,
Hello,

Sebelum aku taip entry ni aku baru je sign untuk petition mengutuk kartun yang dikeluarkan oleh Berita Mingguan. Biasalah. Manusia ni kalau bodoh sangat pon jangan la tunjuk kebodohan tu. Simpan untuk diri sendiri sudah la. Inilah produk dasar pendidikan yang dikeluarkan oleh Malaysia. Dasar Pendidikan yang berorientasikan peperiksaan sampai lupa untuk mendidik bagaimana cara untuk berdepan dengan realiti kehidupan. Moralnya, janganlah sesekali diambil kesempatan atas kesusahan yang dialami oleh orang lain untuk kepentingan sendiri. Ubahlah dasar pendidikan ini kalau mahu melihat anak bangsa lebih maju kerana kemajuan itu berakar umbi dari sahsiah warga sesebuah negara.

Sunday, February 27, 2011

Fuhhh

Sejak ketinggalan dalam meng'hapdet'kan belog neh, macam2 perkara berlaku. Dari hal sekecilnye hinggalah hal sebesar2 isu2 global. Kalau nk diikutkan tu, tidak dapat tidak mesti berlaku punya. Dunia ni tak pernah statik. Tak penah stay pada kedudukan yang sama untuk suatu tempoh yang lama. Sebagai contoh kita ambik dgn apa yang berlaku di Libya. Sudah 40 tahun lebih Gaddafi memerinah selepas beliau mengetuai rampasan kuasa dulu. Kini, giliran beliau pula untuk digulingkan. Kalau mengikut teori Ibnu Khaldum, kalu dah 40 tahun tu sepatutnya dah melalui 4 peringkat. Tp di Libya, hanya 1 peringkat yang berlaku. Sama la jugak dengan yang berlaku semasa transisi dari sistem feudal ke sistem kapitalis. Semua tu atas kehendak manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak. So, moralnya, bagi orang-orang yang kt 'atas' sana, jgn ingat korang akan terus berkuasa. Sementara berkuasa ni buat la amal banyak2 kepada rakyat ye.

Friday, January 28, 2011

Senang Hati


Selepas 4 minggu memenatkan diri dengan urusan akademik, now hadir juga waktu cutinya haha. Gile penat wei sem ni. Penatttt dong..
Tp sementelah sem ni merupakan 1st aku ambik course kt faculty len, dapat aku detect beberapa perbezaan yang ketara antara individu berlainan bidang.
Ada satu claz ni aku masuk dan dapat aku nyatakan di sini aku tak respect dengan sesetengan pandangan lecturer tersebut. Maybe field yang die kuasai adalah terhad. Skopnye tidak luas dan membataskan cara pemikirannya dan seterusnya membentuk cara die mengeluarkan tutur katanya.
Ok.. Cara mengeluarkan kata-kata adalah satu hal, and apa yang dituturkan adalah satu hal yang lain.
Begitu juga dengan kes aku ni. Butir kata-katanya adakalanya sangat dangkal.
Tetapi itulah.. 
Bagaimanapun, apa yang aku harapkan adalah yang terbaik daripada claz ni.


Wednesday, January 19, 2011

Akhirnya.. Rasai Juga Kepenatan Ber...

Sekali lagi.. Sekali lagi.... Minggu ni jadi lagiii.. Arghh tension.. Minggu ni la minggu paling memenatkan sepanjang 4 tahun study. Nasib baik ni sebab last sem. Ke hulu ke hilir aku. Dari faculty ke faculty. Dari jabatan ke jabatan. Ni baru ambik 21 credit hours. Belum lagi sape2 yang ambik more than 21 credit hours. Pape pun, now semua dah settle. Ok belum settle.. Tp looking for it.. Even banyak paper sem ni tp everythings gonna be ok. Hope penghunjung sem nanti aku dapat duduki final exam hahaha.. Bukan ape, takot ter'tak cukup attendance percentage untuk masuk final exam hahaha. Ye la.. Kot2 tertido ke.. Ter'malas ke.. banyak godaan tu hahaha


Saturday, January 15, 2011

Menulis Sekejap

Arghh.. Makin lama makin susah nk update blog neh.. Sukar btol nk curi masa untuk mencelah n menulis update2 terbaru. Bz oOoOo.. BTW, banyak betol hal yang berlaku dalam tempoh 1 minggu ni. Ada yang menggembirakan n tak kurang juga yang menggusarkan hati. Tp, iyelah.. Itulah lumrah hidup.

Kalau diikutkan tiada aktiviti lain selain daripada pergi kuliah kerana minggu ni minggu hujan. Kalau kuliah tu bukan sumber ilmu n ditambah pula dengan kehadiran minimum untuk ambil final exam adalah 80%, dengan kuliah sekali aku tak pergi. Tp itulah.. Selain kuliah, memang tiada aktiviti langsung. Tp relatively, ianya agak bz untuk update blog ni kerana ada lagi aktiviti yang tidak memerlukan ke sana ke mari tetapi perlu dilakukan.

Kalu didikutkan juga, hari ini ada plan ni. Tp disebabkan kereta roommate aku tu telah disewa untuk tempoh half day, terpaksalah dipostpone ke esok hari. Tapi pape pun, harap2 plan esok akan berjalan seperti diplankan itu dan pulang dengan hasil yan lumayan. Hahahaha                                                                          
                                                                                                                              

Wednesday, January 12, 2011

2nd Week: Harap Bukan Masalah

Fuhhh.. Dah 3 hari hujan kt sini. Susah betul aku nak pergi kuliah minggu ni. Jadual pun tunggang langgang lagi. Banyak betul masalah. Baru je selesai 1 masalah, timbul masalah yang baru. Yang ni lecturer punye hal. Actually, bukan suatu yang baik jika lecturer tidak endahkan suara budak2. Kadang2 lecturer juga perlulah dengar suara budak2. Same goes dengan sesiapa juga yang berada di atas sikit daripada orang lain. Individu yang mempunyai authority ke atas individu yang lain. Pemimpin yang memimpin orang lain. Pihak yang lebih banyak mengarah daripada diarah. Dan seumpamanya...

Dalam kes aku hari ini, jika lecturer tu betul2 lakukan tindakan sebagaimana yg dikatakan oleh budak2 lain yg sekuliah td, mungkin ia mengubah hidup aku untuk selamanya. See... Perkara yg dirasakan kecil oleh orang lain amat memberi kesan ke atas hidup orang lain. Maka, fikirlah elok2 atas tiap apa yang anda lakukan.

p/s: Tp drpd pemahaman aku terhadap notis td, ia berlawanan dengan apa yang budak2 lain maksudkan.


Saturday, January 8, 2011

Kehidupan Hujung Minggu

Satu lagi hujung minggu yang memboringkan. Entah kenapa la tiap kali hujung minggu, apa yang ada dalam kepala hanyalah nak tido je. Tapi bila dah sampai limit untuk tido n badan pun dah tak leh nak teruskan tido, bermulalah kehidupan yang membosankan. Tak tau nak wt ape.


+


=

 


Thursday, January 6, 2011

1st Lecture Final Sem

Bermulanya hari aku hari ni ialah dengan tekad nk attend 1st lecture.
.
.
.
.
Dengan mengantuknya aku turun dari katil.
.
.
.
.
Mandi.
.
.
.
.
Tunggu bus.
.
.
.
.
Sampai kt Teater MultiMedia, aku + budak cina + lecturer.
.
.
.
.
3 orang je dalam class!! Hancur luluh hati aku korbankan tido tetapi class cancel sebab ramai student tak dtg.


Saturday, December 18, 2010

Agak-agak OK tak ek??

Alloooo all. Giler lama betol tak update. Rase cam kekok je nak 'hapdet' benda neh hahaha.. Neway.. actually ada benda aku nak bagitau ni. Ingat rasa cam nak create satu (1) blog politik la. Hahaha.. Nampak cm bercita-cita besar je kan. Tapi tu la. Aku jenis suke dengan citer-citer politik nih even some people ckp politik adalah KOTOR. Eeeiii.. hahaha... Camne? Ok tak neh???                                                

Thursday, December 2, 2010

Ni kira update ke??

Mesti orang yang selalu jalan2 kt blog ni perasan kan da lama aku tak update blog ni. Atas beberapa sebab, aku tak dapat n tak sempat nk update blog ni. Entah sampai bila tapi lama kot.. Nnt selalu la jenguk2 ye.. Hehehe..

Sunday, November 21, 2010

Selamat Pagi.. Betul... Pagi Ni...

Entry (tak suke spell N3, cm takde komitmen je hehe) kali ni aku nak bgtau sikit pasal mula-mula wt blog dulu. Aku ingat lagi aku sedang pikir apa tajuk yang sesuai untuk blog aku. Aku rasa aku patut wt blog yang menceritaka semua hal yang aku tau dan bukannya tentang peribadi aku semata-mata. Oleh itu, Saje Sembang dengan sendirinya datang dalam kepala aku dan me'request'kan diri die sabagai tajuk blog aku. selain itu, perkataan Saje Sembang itu juga selari dengan sikap aku yang jenis atau mudah minat kt pape-pape yang menarik tak kira isu apa pun isu sama ada ekonomi, politik, sosial dan aspek-aspek lain lagi..

Baaimanapun, ada sesuatu yang tidak best dengan Saje Sembang.. Ramai sangat yang guna tajuk yang sama atau lebih kurang dengan aku. Kalu google berlambak kuar link ke website address. Hisshh..

Ke korang pikir aku perlu ubah name blog????


Apa pandangan korang? Kalu betollah aku perlu tukar, bagi la cadangan name blog untuk aku k.


Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha.




Kepada:

(sebut dalam hati nama anda):

Selamat Hari Raya kepada semua kenalan-kenalan terutamanya yang kalau kt blog ni semestinya para bloggers sekalian alam.. Aku harap kalau ada salah silap dan terasa hati sama ada daripada tindak tanduk aku dalam berblogging or apa jua tindakan, harap jangan diambil hati ye. Nanti susah kita nak tumbangkan lembu-kambing-kerbau sama2 nanti..

Daripada:

Penggoreng

Tuesday, November 16, 2010

Entry Sebelum Raya

Aku rasa ni minggu ni blog aku ni jadi blog hari raya yang tak beraya. Nak raya apanya aku tak balik kmpung. Memang lain rasanya 1st time tak beraya kt umah setelah 23 tahun sebelum ni beraya kt umah. Haa tu saje nk bagi hint umur aku hahaha.. Pape pun bagi aku benda ni tak jadi hal lah. Aku rasa bagi korang pun ada yang sesetengah ok je. Tapi bagi sesetengan yang lain, mungkin tak boleh beraya kalu bukan dengan famili. Pastu mula la nk sebak la.. Nak asyik call family la.. Die tak sedar mak bapak dia bercakap phone sambil duk tengah pegang tali lembu kerbau nak heret g sembelih. Hishh manje betol. Rilex la. Biasanya pompuan la ni hihihi..

Tapi takpe. Sebenarnya ada hikmah di sebalik semua ni. Kalu asyik beraya dengan family nanti kadang-kadang sesetengah tu tak dapat menikmati rasa adanya family. Maksudnya, bila setiap masa duk dengan family, kita jadi macam tak menghargai dorang. Bila dah tak bersama baru la rasa nak meleleh dengan dorang. Betul tak? Hehehe..


Monday, November 15, 2010

Inilah Masanya

Selepas beberapa hari memerah my genius mind, akhirnya tibalah masanya untuk die rest hahaha... Td adalah 2nd last paper aku n last paper aku 23 nov. Relax.. Lambat lagi hehehe.. Pape pun, lepas paper tadi, lega beb. Paper td la paper yang paling susah untuk sem ni but question untuk final exam ni i think i did it well. So, now its time to me for blogging hahahaha... Hope other bloggers bleh la slalu update kt blog aku eh... Aku pikir pasni ada smthing special. Tp tak sure lagi hehehe.                                                                                          

Raya Haji Dah Dekat

Giler.. Atas dasar kesuntukan masa dan kekangan-kekangan yang lain, terpaksa la aku tulis entry ni tengah-tengah malam buta nih. Skang ni mood raya haji dah makin 'menimbul'. Buka lucah tu k. Bile sebut 'menimbul' tu aku maksudkan 'meningkat'. Bukan menimbul benda yang tak nampak tu. Hishhh. Okeh. Then, yang sedehnya raya haji tahun ni aku tak balik kampung. So, sape-sape yang sudi nanti teman la aku berblogging pada pagi raya haji nanti ye haha. Make sure ajak orang kampung tumbangkan lembu-kerbau-kambing-biri-biri seawal yang boleh k. Sudah je semayang raya jangan terkam ke tempat lain. G pelok ciom lembu-kambing dulu. Pahtu datang time untuk mengadap laptop or what. Time sedara sedari ramai kt umah tu ajak la lepak kt blog aku ni heee.. Alaa.. nk tunggu orang siap lapah lembu-kambing tu bukannya sekejap. Lama jugak tuuu.. So, usha2 la sini hee...

Okey dulu lah..

Aku tak tido lagi ni sebab esok pagi aku ada exam. Pukul 9. Ni kira selingan je la sambil revise note hee..                            

  

Wednesday, November 10, 2010

Toyol? Peperiksaan? Ape ni?

Nape? Tak pernah dengar orang tua-tua citer pasal toyol ka machaa.. Ni bukan itu toyol yang orang imagine cam gambar tu la machaaaa.. Ini toyol ada rambut, pandai menulis, kadang-kadang pakai baju tebal-tebal bukan macam toyol original yang telanjang bulat-bulat o0o0o0ooo... Owhh silap-silap. Tu tuan toyol. Toyol tu berupa note yang ditulis sama ada di kertas, di anggota badan atau pun mane-mane part yang orang lain susah nak detect. Toyol ni juga tak semestinya berada berdekatan engan tuan toyol. Boleh jadi toyol ni duk dalam toilet (sesuai sangat la tu), atau mane-mane tempat yang senang diakses oleh empunya toyol hahaha.

Tuan toyol bela benda ni dengan tujuan untuk membantu die menyelesaikan masalah yang tersangat susah iaitu untuk menjawab soklan exam. Giler bapak pandai toyol ni...

Okey. Gejala bawak toyol dalam exam ni sebenarnya dah lame wujud. Tak tau la aku macam mane dapat gelaran toyol ni. Fungsi note-note yang pelbagai bentuk dalam membantu tuannye tu kot yang melayakkan ia digelar toyol. Kan toyol ori pon tolong tuan die jugak. Hahaha.. Tapi, disebabkan pertolongan yang diberikan tersebut adalah salah sama ada di sisi agama atau undang-undang, maka digelarkanlah ia dengan name T+O+Y+O+L= TOYOL.

Sebenanya, tak yah la duk bergantung harap pada benda-benda macam ni. Sepanjang aku duk universiti ni aku tak pernah sekali pun bela benda ni. Tak perlu la. Belajar tu biar ikhlas. Ingat mak bapak. Baru betul perjalanan.

P/S: Jangan la amalkan benda ni eh.

Share |